Salam Lebaran... Minal aidil wal faizi...
Aidilfitri kembali lagi pada tahun ini. Kemeriahan menyambut hari yang mulia ini dapat di rasai di mana-mana. Tidak kira sama ada tua, muda, miskin atau kaya menyambut ketibaan Syawal dengan kemampuan masing-masing. Namun, janganlah hendaknya hari yang mulia ini disambut dengan pelbagai jenis kemaksiatan yang mampu mengundang kemurkaan Allah SWT. Sisipkanlah unsur-unsur ibadah di dalamnya supaya kita sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah SWT. InsyaAllah..
Antara ibadah yang dapat dilaksanakan dalam Bulan Syawal ialah Berpuasa 6 Hari.
Jika seseorang itu berpuasa penuh 30 hari dalam Bulan Ramadhan dan seterusnya 6 hari di dalam Bulan Syawal, nescaya dia telah berpuasa selama satu tahun.. Jadi, apa tunggu lagi?
Bagi adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, janganlah terlalu alpa dengan kehadiran Syawal. Janganlah kehadiran Syawal ini disambut dengan iringan letupan mercun yang membingit telinga dan mengganggu kawasan kejiranan. Jadikanlah buku-buku dan nota-nota pemberian para guru sebagai peneman sepanjang cuti sekolah ini supaya minda tidak kering dengan ilmu..
No comments:
Post a Comment