Saturday 12 November 2011

Perkhemahan Unit Beruniform SK Tampi-Tampi Tahun 2011

Perkhemahan ini berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu pada 10 dan 11 November 2011 di persekitaran SK Tampi-Tampi. Seramai 67 orang murid yang terdiri daripada unit PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan Tunas Puteri telah menyertai perkhemahan ini. Kerjasama daripada guru-guru penasihat juga sangat menggalakkan. Sepanjang perkhemahan ini, para peserta telah dilibatkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar. Antaranya ialah aktiviti 'water confident' yang dijalankan di Mayuki. Aktiviti-aktiviti lain termasuklah, kolaj alam sekitar, malam kebudayaan, dan gotong royong membersihkan tapak perkhemahan. Persatuan PBSM dinobatkan sebagai unit terbaik, Tunas Puteri kedua manakala Pengakap berada di tempat ketiga.
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Tampi-Tampi, Pn Juljilah Bt. Haji Ahlil sebelum Solat Jumaat. Walaupun cuaca agak kurang baik, namun majlis tersebut dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Ustaz Affindi menyampaikan tazkirah Maghrib.
Aktiviti air, 'water confident'.
Ucapan Guru Besar Majlis perasmian penutupan.
Penyampaian hadiah kepada unit yang cemerlang.

Friday 4 November 2011

Majlis Penutupan Sukan Tahunan SK Tampi-Tampi 2011

Alhamdulillah, pada tarikh 3 November 2011, Majlis Penutupan Sukan Tahunan SK Tampi-Tampi bagi sesi 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis ini bermula seawal jam 7:00 pagi lagi di mana para peserta perbarisan telah bersedia dikedudukan masing-masing sambil menunggu ketibaan perasmi iaitu YDP sekolah, Tuan Haji Abdullah Bin Haji Sukka.



Gambar : Pasukan Perbarisan Rumah Merah