Tuesday 11 September 2012

UPSR - Day 1

UPSR sudah pun bermula pada hari ini. Macam-macam ragam dan kerenah anak murid dapat disaksikan sebelum, semasa dan sesudah menduduki peperiksaan. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat di'snap' pada hari ini

Calon-calon sedang di berikan taklimat akhir oleh Cg.Aznah

 Cg. Mariam menyampaikan pemberian pensel 2B kepada calon-calon.


Guru Besar, Puan Juljilah sempat bersama-sama dengan calon-calon sebelum peperiksaan bermula.
 
 Wajah-wajah murid tahun 6G selepas menduduki kertas yang pertama.

Monday 10 September 2012

Mode UPSR

Esok bermulalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga SK Tampi-Tampi Semporna. Esok, iaitu 11 September 2012 adalah kemuncak bagi segala-galanya. UPSR, merupakan medan perjuangan terakhir bagi semua murid Tahun 6 SK Tampi-Tampi, Semporna. Debaran bukan sahaja dirasai oleh murid-murid, malah guru-guru juga terutamanya guru-guru tahun 6 turut dihantui debaran yang tidak kurang kuatnya.

Kehangatan ini turut dirasa bukan sahaja di SK Tampi-Tampi, bahkan diseluruh pelusuk negara. Pelbagai persiapan sudah dilaksanakan demi menjanjikan yang terbaik, yang tinggal hanya bekalan DOA dan TAWAKKAL bagi melengkapi persediaan tersebut.

Sesuai dengan tema Hari Kemerdekaan Ke-55, "Janji Ditepati", adakah 55 murid tahun 6 dari SK Tampi-Tampi akan 'menepati' KPI sekolah yang dijanji-janjikan? Sama-samalah kita menunggu keputusannya nanti dengan penuh kesabaran.

Untuk esok, mari kita sama-sama ON kan MODE UPSR!!