Wednesday 8 August 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Fasa 1

Negara kita telah bebas daripada belenggu penjajah beberapa dekad yang lalu. Namun, adakah kita sudah 'bebas' dengan sebenar-benarnya? Apakah kita semua menghargai kebebasan ini? Sama-samalah kita muhasabah diri.

UBK dengan kerjasama guru-guru akademik telah merangka satu program yang amat bermakna sempena kedatangan 31 Ogos yang dinanti-nanti. Program ini bertujuan untuk memperhalusi semangat patriotik dikalangan warga SK Tampi-Tampi selain mencungkil bakat anak-anak didik dalam seni melukis dan mewarna.

Program ini dilangsungkan dengan jayanya pada Hari Sabtu, 11 Ogos 2012. Para pentadbir bersama-sama AJK pelaksana telah berjaya menghidupkan suasana kemerdekaan di SK Tampi-Tampi dengan jayanya.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Friday 3 August 2012

The Tip of Borneo

Jom kita ke destinasi yang seterusnya; Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Di sini kita boleh saksikan pertembungan dua laut iaitu Laut China Selatan dengan Laut Sulu.







Lawatan PPD Semporna ke SK. Tampi-Tampi

Bertarikh 27 Julai 2012, SK Tampi-Tampi sekali lagi menjadi tumpuan apabila Pegawai Pelajaran Daerah Semporna serta rombongan telah hadir bagi melakukan pemantauan.

Wajah Baru SK Tampi-Tampi (Phase 1)

Untuk meraikan kedatangan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato Dr. Puad Zarkashi, Semua warga SK Tampi-Tampi telah bertungkus lumus membuat persiapan yang sebaik mungkin. Kesannya, lahirlah SK Tampi-Tampi dengan penampilan yang baru. Guru Besar, Pn. Juljilah Bt. Hj. Ahlil sangat teruja dan berterimakasih kepada semua guru yang telah berkorban tenaga, masa dan wang ringgit demi sekolah yang tercinta. Congrat to all my comrades!

Thursday 2 August 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Senamrobik 1M1S1Malaysia! Bertarikh 10 Julai 2012, SK Tampi-Tampi telah menjayakan satu lagi seruan kementerian iaitu menerusi perlaksanaan aktiviti senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Acara ini dimulakan pada jam 7:30 pagi dan sekitar jam 8:00 pagi. Uniknya, senamrobik ini dijayakan serentak di sekolah-sekolah diseluruh tanahair.

Kehadiran ramai ibu bapa dan penjaga memeriahkan lagi suasana biarpun keadaan cuaca pada pagi tersebut kurang memuaskan. Apa yang penting ialah semangat yang ditunjukkan oleh semua! Gambate!Turut menjayakan acara ini ialah jiran SK Tampi-Tampi sendiri iaitu warga Kem Azumi.

Jom jalan-jalan ke Lok Kawi Wildlife Park.

Jom kita cuci-cuci mata di Lok Kawi Wildlife Park. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh kita saksikan di sini. Entrance fee cuma RM 10 untuk warganegara Malaysia. Untuk keterangan lanjut : http://www.lokkawiwildlifepark.com/

Antara haiwan-haiwan yang ada di LKWP:










Sukan Tahunan Kini Kembali. Rumah Merah JUARA!

Alhamdulillah. Majlis Penutupan Sukan Tahunan Sesi 2012 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seperti tahun-tahun berikutnya, majlis yang gilang-gemilang ini dimulakan dengan lintas langsung perbarisan rumah-rumah sukan. Setiap pasukan rumah sukan menunjukkan kecemerlangan masing-masing dari segi susun atur peserta, keseragaman pemakaian uniform dan gerak langkah, serta kredibiliti ketua kotinjen. Disiplin yang ditunjukkan oleh keempat-empat pasukan adalah pada tahap yang paling optimum dan mereka berjaya memberikan kepuasan kepada para tetamu yang hadir.

Gambar: Maskot Rumah Sukan Kuning dan Merah Berganding Bahu!

Kali ini, En. Alkonso, iaitu wakil daripada PPD telah dijemput untuk merasmikan perasmian penutupan Sukan Tahunan Sesi 2012. Respon yang diberikan oleh beliau semasa ucapan penutupan adalah sangat memberangsangkan dan berjaya menyuntikkan rasa semangat kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

Pasukan Rumah Merah menjadi Juara Keseluruhan pada kejohanan kali ini. Tahniah Rumah Merah!

Majlis bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

Marhaban Ya Ramadhan!

Alhamdulillah, dengan Izin dan Rahmat dari penguasa seluruh alam, sekali lagi kita dapat bernafas di dalam Bulan yang kaya dengan 1001 macam keberkatan dan kenikmatan yakni Bulan Ramadhan al-Mubarak. Sama-samalah kita membersihkan diri daripada segala perkara yang dapat 'mengurangkan' pahala puasa kita. Namun, dalam kita sibuk memperkayakan diri dengan pelbagai amalan, tidak kira yang wajib mahupun sunat, janganlah kita terlupa bahawa peperiksaan UPSR akan menyusul tidak lama lagi. Hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum kedatangan hari yang dinanti-nantikan itu!

Dikesempatan ini, admin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak dan Selamat Menyambut ketibaan Aidilfitri dan juga selamat kepada 55 calon UPSR!

Wednesday 1 August 2012

Program Lonjakan Kecemerlangan UPSR, PMR, dan SPM 2012 fasa 1

Program ini dilaksanakan pada Bulan April dan Mei 2012 dengan harapan agar anak-anak didik di Daerah Semporna ini dapat meraih kejayaan yang lebih cemerlang dan bermakna di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Tujuh peserta dari SK Tampi-Tampi Semporna turut melibatkan diri dalam program ini. Misi utama mereka ialah untuk menggarap semaksima mungkin ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh para penceramah serta mengenalpasti teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

Peserta dari SK Tampi-Tampi yang terlibat ialah:

1. Amylen Binti Mohd Jun (6C)
2. Helna Binti Salian (6C)
3. Hishammuddin Bin Husin (6C)
4. Mohd Zoulfikal Bin Datu Abdul Hamid (6C)
5. Nur Amirah Binti Jasmani (6C)
6. Nur Farahin Shamimie Binti Abdul Halin (6C)
7. Nur Shahiratul Shahida Binti A.Roslim (5C)