Sejarah


Sejarah Penubuhan Sekolah

Sek. Keb. Tampi-Tampi, Semporna dibuka pada tahun 1964 dan telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Semporna, Tuan D.O Felding. Sebelum ini, Sek. Keb. Tampi-Tampi, Semporna dikenali dengan nama NVS Tampi-Tampi, Semporna. Ia terletak di Kampung Tampi-Tampi Timbayan.

En. Masal bin Hj. Basanu adalah guru besar yang pertama dan bertanggungjawab membuka sekolah ini. Beliau dibantu oleh dua orang guru pelatih, iaitu Cikgu Sempek bin Pateh dan Cikgu Asgali bin Amir Hussin.

Murid-murid yang mula belajar di sekolah ini terdiri daripada kanak-kanak dari Kg. Sum-Sum, Kg. Tampi-Tampi Timbayan dan Kg. Terusan Baru. Pada ketika itu hanya terdapat sebuah bilik darjah sahaja dan bilangan murid terdiri daripada 2 buah kelas. Kedua-dua kelas itu adalah diperingkat kelas permulaan.

Pada ketika itu hanya terdapat sebuah bangunan sekolah yang terdiri daripada sebuah bilik darjah yang cukup luas dan sebuah rumah guru. Sistem perhubungan sekolah ini, hanya melalui jalan laut sahaja. Pada tahun 1969, barulah perhubungan melalui darat dapat digunakan.

Pada 31 Ogos 1978, satu peristiwa pahit telah berlaku di sekolah ini, iaitu bangunan lama sekolah ini terbakar termasuk pejabat pentadbiran sekolah. Guru Besar pada ketika itu ialah Cikgu Utoh Nain bin Lenog. Berikutan daripada peristiwa itu, maka dua buah rumah guru terpaksa digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan bilik darjah.

Pada tahun 1988, projek kilat untuk membina bangunan baru sekolah telah dilakukan. Setelah dikaji secara terperinci, akhirnya bangunan baru Sek. Keb. Tampi-Tampi, Semporna telah dibina di Kg. Tampi-Tampi Laut.

Bangunan baru ini mula digunakan pada 18 April 1989. Guru Besar pada masa itu ialah Cikgu Hassan bin Hj Palah.

Kini, pada tahun 2013, banyak perubahan yang telah terlaksana di bawah pentadbiran Puan Juljilah Bt. Hj. Ahlil. Antaranya ialah, projek membaik pulih bangunan, pembinaan tapak perhimpunan dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment