Saturday 31 August 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka! MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu.

Seluruh warga SK Tampi-Tampi menyahut seruan kemerdekaan pada tahun ini dengan mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan. Pelbagai acara telah dianjurkan, dan sambutan terhadap semua acara sangatlah memuaskan. Yang lebih menyeronokkan, pada tahun ini, guru-guru turut mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.Tahniah diucapkan kepada Pn. Masrina Bt. Masir selaku 'mastermind' kepada program ini.

Pertandingan menghias kereta :

1. Kerjasama guru-guru membuat persiapan.


2. Kereta Pn. Hjh. Muntiah Bt. Hj. Baggok, menjadi 'mangsa' dekorasi. Hasilnya :
 


3. Kereta-kereta berhias kumpulan-kumpulan lain :


4. Penat menghias, perut terasa lapar. Menjamu selera lah jawabnya.




5. Acara penutup, nyanyian lagu 1 Malaysia dan Tanggal 31 oleh murid-murid Tahun 2 Cemerlang.





Marilah kita sama-sama menanamkan sikap cintakan negara kita !!!

Majlis Solat Hajat anjuran PPD Semporna

Bertempat di Masjid Inabah Kamal, Semporna, satu majlis solat hajat kelolaan PPD Semporna telah dilaksanakan dengan jayanya. Selepas selesai solat, semua jemaah yang hadir dijemput ke perkarangan masjid untuk menjamu selera.


Moga-moga dengan ikhtiar kita bersama, keputusan UPSR bagi tahun 2013 ni dapat meningkat dari segi mutu dan peratusan.

Jamuan Hari Raya Kelas 6 Cemerlang

Ini pula jamuan hari raya kelas 6 Cemerlang. Enjoy!!


Jamuan Hari Raya Pra Sekolah

Jom makan! Makan-makan juga, hampir terlupa seperkara. Kali ini, Pra Sekolah di datangi oleh seorang guru baru, iaitu En. Idrus B. Abdul Wahab. Moga kedatangan beliau ke SK Tampi-Tampi mampu meningkatkan prestasi akademik murid-murid di Pra-Sekolah.

Terima Kasih Guru-guru pelatih IPG Kent..

Bermula pada tarikh 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013, tiga orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau telah menjalankan sesi 'School Based Expeerience' atau SBE di SK Tampi-Tampi. Mereka bertiga telah menyumbangkan khidmat bakti yang terpuji biarpun berada di SK Tampi-Tampi hanya selama satu minggu. Berikut merupakan beberapa aktiviti yang telah mereka jayakan:

1. Pengajaran Bersama (Collaborative Teaching) dengan Guru Akademik :

    Sesi Pagi :


    Sesi Petang :



2. Melukis mural di pagar utama sekolah :







Terima kasih yang tidak terhingga kepada ketiga-tiga bakal guru ini..