Sunday 28 April 2013

Murid-murid ELITE penyumbang SKOR A sekolah

Bagi sesi 2013, Pencapaian yang perlu digarap dalam peperiksaan UPSR ialah :
 
1. Bilangan calon yang lulus semua matapelajaran dengan gred C ialah seramai 38 orang iaitu 63 % daripada jumlah calon.
2. Bilangan murid yang mendapat gred A bagi semua matapelajaran ialah tidak kurang daripada 2 orang.
3. Gred purata sekolah (GPS) sekolah berada pada paras tidak lebih daripada 2.43
 
Tahun ini, bilangan calon UPSR ialah seramai 55 orang. Daripada jumlah tersebut, 10 orang daripadanya di lihat berupaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR yang bakal menyusul tidak lama lagi. 10 orang ini digolongkan dalam kumpulan ELITE.
 
Berikut merupakan murid-murid tersebut:
 
1. Mohd Azyan B. Uddin
2. Muhammad Hafizan Hakimie B. Saidi
3. Mohammad Nazmi B. Abdul Hamid
4. Muhammad Azharuddin B. Mohd Amran
5. Nur Haziqah Izzati Bt. Robinson
6. Nur Shahiratul Shahida Bt. A.Roslim
7. Salmilah Bt. Herry
8. Intan Waja Bt. Abdul Hari
9. Nurul Asyiqin Bt. Ali Husin
10. Sitti Norasmirah Bt. Rabbahil

Semua murid-murid ini adalah dari kelas 6 Cemerlang

Taklimat Khas Pengawas Sekolah 2013

Taklimat ini berlangsung pada Hari Selasa, 9 April 2013. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada para pengawas sekolah tentang tugas dan tanggungjawab mereka semasa berada di sekolah.
Penceramah yang bertugas ialah :
 
1. En. Mohd Shahril B. Mohd. Baharum
2. En. Musa B. Yusoff
 
 En. Musa memperkenalkan konsep Mentor-Mentee kepada pengawas-pengawas sekolah
 Pengawas-pengawas sekolah mendengar dengan tekun amanat yang diberikan
Pengawas-pengawas perlu peka dengan tanggungjawab mereka di sekolah
 
Mudah-mudahan SK Tampi-Tampi bebas dengan masalah-masalah disiplin yang teruk. Amin.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Pengawas PSS

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Pengawas PSS telah dilangsungkan dengan jayanya pada Hari Isnin, 8 April 2013. Majlis ini dilangsungkan secara 2 sesi, iaitu sesi pagi bermula pada jam 6:45 pg dan sesi petang bermula pada jam 4:30 ptg.

Segala agenda dapat dilangsungkan dengan teliti dan sempurna, namun hanya terdapat sedikit permasalahan iaitu berkaitan dengan cuaca pada waktu petang. Namun, majlis bagi sesi petang masih dapat dilaksanakan di makmal sains sekolah.
Guru Besar bersama-sama dengan guru-guru penolong kanan telah berganding bahu menyerahkan watikah perlantikan pada kali ini.
Sebenarnya, majlis tahunan ini telah dirancang lebih awal iaitu pada awal Bulan Februari lagi. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis ini tertangguh hingga ke tarikh baru sepertimana yang dicatatkan di atas. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerjasama guru-guru, majlis ini masih dapat berlangsung biarpun tersasar jauh dari segi tarikh pelaksanaan.

Pasukan Bola Baling 2013

Pasukan Bola Baling bertemu jalan buntu sekali lagi dalam perlawanan bola baling peringkat daerah Semporna (MSSDS) apabila mendapat tempat terakhir setelah tewas dalam ketiga-tiga perlawanan yang dipertandingkan.
Bagi sesi 2013, SK Tampi-Tampi hanya menghantar 1 pasukan yang dianggotai oleh 12 orang murid lelaki dari tahun 6 dan tahun 5.
 
Berikut merupakan senarai nama pemain :
 
1. Mohd Jazli B. Jahalimat (6C)
2. Mohd Faiz Azfar B. Abdul Basad (6C)
3. Isamuddin B. Bidin (6C)
4. Mohammad Nazmi B. Abdul Hamid (6C)
5. Muhammad Azharuddin B. Mohd Amran (6C)
6. Mohd Azyan B. Uddin (6C)
7. Muhammad Nor Faiqa B. Abdul Isarah (6C)
8. Muhammad Dhiyurrahman B. Adam (6C)
9. Datu Mohd Hafizulilyas B. Datu Abdul Hamid (6C)
10. Mohd Roslan B. Saidi (6C)
11. Mohd Iqmal Daniel B. Abdul Halin (5C)
12. Muhammad Afrijan B. Mohd Jani (5C)
 
 
 
 Gambar : Pemain Bola Baling SK Tampi-Tampi 2013
 
Berikut merupakan keputusan pertandingan kali ini;
 
1. SK Tampi-Tampi (0) melawan SK Kampung Simunul (8)
2. SK Tampi-Tampi (2) melawan SK Pekan II (12)
3. SK Tampi-Tampi (0) melawan SK Bangau-Bangau (10)
 
Biarpun pasukan SK Tampi-Tampi tewas semua perlawanan, namun semangat yang dipertontonkan oleh setiap pemain adalah sangat membanggakan pihak sekolah. Moga-moga SK Tampi-Tampi beroleh kejayaan di masa-masa akan datang. AMIN.
 
 


Monday 1 April 2013

I'm Back !!!

Setelah sekian lama menyepi, admin kini kembali menulis perkembangan-perkembangan terbaru yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Tampi-Tampi. Banyak perkara yang telah berlaku yang tidak sempat di coretkan di dalam blog ini. Semoga admin akan terus melapangkan dada dan mengorbankan sedikit masa untuk blog ini. InsyaAllah. Gambate!!