Sunday 28 April 2013

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Pengawas PSS

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas, Ketua Kelas dan Pengawas PSS telah dilangsungkan dengan jayanya pada Hari Isnin, 8 April 2013. Majlis ini dilangsungkan secara 2 sesi, iaitu sesi pagi bermula pada jam 6:45 pg dan sesi petang bermula pada jam 4:30 ptg.

Segala agenda dapat dilangsungkan dengan teliti dan sempurna, namun hanya terdapat sedikit permasalahan iaitu berkaitan dengan cuaca pada waktu petang. Namun, majlis bagi sesi petang masih dapat dilaksanakan di makmal sains sekolah.
Guru Besar bersama-sama dengan guru-guru penolong kanan telah berganding bahu menyerahkan watikah perlantikan pada kali ini.
Sebenarnya, majlis tahunan ini telah dirancang lebih awal iaitu pada awal Bulan Februari lagi. Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, majlis ini tertangguh hingga ke tarikh baru sepertimana yang dicatatkan di atas. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerjasama guru-guru, majlis ini masih dapat berlangsung biarpun tersasar jauh dari segi tarikh pelaksanaan.

No comments:

Post a Comment