Thursday 2 August 2012

Sukan Tahunan Kini Kembali. Rumah Merah JUARA!

Alhamdulillah. Majlis Penutupan Sukan Tahunan Sesi 2012 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seperti tahun-tahun berikutnya, majlis yang gilang-gemilang ini dimulakan dengan lintas langsung perbarisan rumah-rumah sukan. Setiap pasukan rumah sukan menunjukkan kecemerlangan masing-masing dari segi susun atur peserta, keseragaman pemakaian uniform dan gerak langkah, serta kredibiliti ketua kotinjen. Disiplin yang ditunjukkan oleh keempat-empat pasukan adalah pada tahap yang paling optimum dan mereka berjaya memberikan kepuasan kepada para tetamu yang hadir.

Gambar: Maskot Rumah Sukan Kuning dan Merah Berganding Bahu!

Kali ini, En. Alkonso, iaitu wakil daripada PPD telah dijemput untuk merasmikan perasmian penutupan Sukan Tahunan Sesi 2012. Respon yang diberikan oleh beliau semasa ucapan penutupan adalah sangat memberangsangkan dan berjaya menyuntikkan rasa semangat kepada semua yang hadir pada hari tersebut.

Pasukan Rumah Merah menjadi Juara Keseluruhan pada kejohanan kali ini. Tahniah Rumah Merah!

Majlis bersurai pada jam 12:00 tengah hari.

1 comment:

  1. Boleh tny x mcm mane nk buat mascot tu? Selain kotak brg ape lg yang diperlukan?

    ReplyDelete