Wednesday 21 August 2013

Tidak Berbau...

Pada tanggal Selasa yang lalu (20/08/2013), satu kemalangan yang melibatkan dua buah kereta telah berlaku di Jalan Tagasan, Semporna. Lebih malang lagi, salah seorang pemilik kenderaan merupakan bapa kepada seorang murid tahun 6 yang merupakan calon harapan yang diharapkan dapat menyumbang banyak A dalam peperiksaan UPSR pada 10 September ini. Murid tersebut juga berada di dalam kereta bapanya semasa kejadian dan mereka dalam perjalanan menuju ke SK Tampi-Tampi. Alhamdulillah murid tersebut bersama-sama bapa dan adiknya (murid tahun 4 yang turut berada dalam kereta berkenaan) terselamat daripada menjadi mangsa korban kecelakaan tersebut. Murid tersebut hanya mengalami luka-luka ringan manakala bapanya sedang di rawat di sebuah hospital di Tawau.
Marilah kita sama-sama berdoa agar adik Nurul Asyiqin Bt. Ali Husin cepat sembuh kerana UPSR akan menjelma tidak lama lagi. Ameen...

No comments:

Post a Comment